- Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 orang lelaki yang soleh.
- Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah
S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
- Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
- Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
- Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
- Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah
S.A.W,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,
"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah S.A.W "Ibunya."
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan
Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia
dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah S.W.T
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah
dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu
itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
Banyak hal yang mungkin belum kita tahu betapa istimewanya seorang wanita, mungkin itu sekilas tentang keistimewaan seorang wanita.
No comments:
Post a Comment